Makluman kepada semua ibu bapa dan
penjaga pelajar-pelajar SMK Bukit Rambai. Untuk pengetahuan
semua, SMKBR telah menggunakan satu platform pembelajaran alaf baru
yang dikenali sebagai 1BESTARINET VLE FROG. Platform ini membolehkan
murid, guru dan pelajar untuk mengakses platform pemebelajaran ini.
Untuk makluman ibu bapa, pada masa ini para pelajar sedang diberikan
kursus berkaitan dengan VLE Frog yang akan digunakan oleh mereka semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.
Ibu bapa dan penjaga juga boleh mengakses
laman pembelajaran ini dengan mendapatkan USER ID dan PASSWORD dengan
mengikuti langkah-langkah yang berikut:
1. Sila ke laman web http://www.yes.my dan klik ke 1Bestarinet
2. Klik pada 1Bestarinet dan klik pada Retrieve my 1BestariNet Yes ID
3. Sila masukkan No. Kad Pengenalan (tanpa tanda sempang) dan Nama Penuh pada ruangan yang disediakan. Klik
Search.
4. Jika nama anda telah ada dalam sistem, maka Nama, No. Kad Pengenalan, No. Telefon dan YES ID akan dipaparkan. Sila ikuti arahan seterusnya iaitu
dengan memasukkan alamat emel dan nombor telefon yang sebenar. Kemudian klik
UPDATE.
Password anda akan dihantarkan secara serta-merta ke telefon
bimbit anda.
5. Kemudian, untuk mengakses platform 1Bestrinet VLE Frog SMK Bukit Rambai, sila gunakan pelayar web Google Chrome. Taipkan URL ini: https://mea2099.1bestarinet.net
Masukkan Yes ID dan Password anda. Kemudian Login
6. Berikut adalah Paparan School Dashboard yang boleh dilihat oleh Ibu Bapa. Klik ke Laman Ibu Bapa untuk ke site tersebut.
7. Berikut adalah paparan bagi Parents Noticeboard. Segala makluman
berkaitan dengan sekolah yang ingin diketahui oleh ibu bapa akan dimuat
naik ke laman ini.
No comments:
Post a Comment