Thursday, October 10, 2013

Maklumat Akaun Yes ID Anda

Akaun Yes ID yang diberikan kepada anda adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Akaun Yes ID mengandungi beberapa maklumat penting yang perlu diberi perhatian.

Untuk log masuk ke akaun Yes ID anda, lakukan langkah-langkah berikut:

1. Login ke http://www.yes.my
2. Klik pada My Account
3. Lihat pada bahagian 1BestariNet User? Please Login Here. Klik pada pautan Login Here.

4. Pada ruangan Get Started, isikan Yes ID anda dan klik Login

5. Anda akan dibawa ke laman 1BestariNet KPM.  Isikan Yes ID dan Password dan klik Login.

6. Setelah klik Login anda akan dapat melihat maklumat akaun anda seperti berikut:

Selamat mencuba!




No comments:

Post a Comment