Monday, April 29, 2013

Hebahan Penggunaan “HOME USE PROGRAM” Dan MICROSOFT E-LEARNING PORTAL” – Faedah-Faedah di Bawah Program Education Alliance Agreement (EAA)

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat dua (2) faedah yang boleh diperolehi oleh kakitangan KPM bagi Projek Membekal Perisian Lesen Microsoft Kepada Sekolah-Sekolah dan Kolej Matrikulasi KPM di bawah Program Education Alliance Agreement (EAA) iaitu :

a) Home Use Program
Home Use Program pula adalah sebuah perkhidmatan yang disediakan untuk warga KPM membeli perisian Microsoft Office secara on-line dengan harga yang murah. Home Use Program boleh diakses melalui http://www.microsofthup.com/hupasia/home.aspx?country_id=MY&;culture=en-US

b) Microsoft E-Learning Portal
Microsoft e-Learning Portal adalah sebuah laman web/portal yang disediakan untuk membantu warga KPM mempelajari sendiri produk-produk Microsoft yang dikeluarkan oleh Microsoft secara on-line, interaktif dan menarik. Microsoft E-Learning Portal boleh diakses melalui : https://business.microsoftelearning.com/ 

Untuk mendapatkan program code bagi penggunaan Home Use Program dan juga access code bagi penggunaan Microsoft E-Learning Portal bolehlah menghubungi Sektor Pengurusan Maklumat ICT di talian 06-232 6518 atau melalui emel ictm@moe.gov.my.

Sekian, terima kasih.
Sektor Pengurusan Maklumat ICT Jabatan Pelajaran Melaka

Friday, April 26, 2013

Bengkel CourseLab 2.4 Kali Ke-2

 Bengkel CourseLab 2.4 kali ke-2 sedang berjalan di Dewan Mini SMK Bukit Rambai.

Bengkel kali ini melibatkan pembinaan bahan perisian kursus berdasarkan satu topik dalam rancangan pengajaran.


Sila muat turun perisian CourseLab 2.4 di sini