Ramai yang bertanya kepada saya bolehkah mereka menggunakan Dongle sendiri untuk capaian internet menggunakan akaun 1BestariNet Yes ID. Jawapannya sudah tentu boleh!
Baiklah, dalam entri kali ini, saya akan kongsikan cara-cara untuk anda mengaktifkan Dongle Yes anda sendiri. Ramai yang sedia maklum bahawa pihak sekolah hanya menerima sebanyak 20 Dongle untuk dikongsi oleh para guru.
Jadi untuk memudahkan keadaan, anda bolehlah kunjungi mana-mana outlet Yes untuk membeli sendiri Dongle yang berharga RM99 sahaja.
Langkah 1: Muat turun software Dongle yang terkini dari YES dan install ke dalam PC anda.
1. Anda dinasihatkan TIDAK menggunakan software di dalam dongle itu. Download dari internet bagi versi baru
2. Download di: http://www.yes.my/v3/personal/devices/go.do
3. Cari butang downloads
4. Download ikut sistem operasi komputer (XP, Vista, 7, 8 dan MAC OS)
5. Install seperti biasa
6. Masukkan ID dan password Yes yang diberikan kepada anda.
7. Selesai
Langkah 2: Mengaktifkan 1BestariNet YesID anda
1. Layari http://www.yes.my
2. Klik pada butang 1BestariNet
3. Pada bahagian Get Started, isikan 1BestariNet Yes ID anda dan klik Login
4. Anda akan dibawa ke laman 1BestariNet KPM
5. Masukkan ID dan password Yes yang diberikan kepada anda dan klik Login
6. Anda akan dibawa ke laman 1BestariNet Activation
7. Isikan 1BestariNet Yes ID dan Password anda dan klik Verify
8. Satu paparan baru akan muncul. Isikan maklumat anda dengan lengkap.
9. Tandakan tick pada kotak: I verify that I have read and agreed to the Terms & Conditions.
10. Klik Submit
11. Selesai
No comments:
Post a Comment