Showing posts with label Frog VLE Activities. Show all posts
Showing posts with label Frog VLE Activities. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Admin Dan Pelajar Menghadiri Taklimat VLE

Taklimat Frog VLE telah dijalankan pada 26 - 29 Ogos 2013 bertempat di SMK Kampung Gelam bermula dari pukul 2.00 petang hingga 4.30 petang.

Peserta SMK Bukit Rambai terdiri daripada:
Guru: En. Zakri bin Zakaria, Pn. Nonie Salwana binti Che Razali
Pelajar:  Siti Fatin Natasya binti Mohd Nasir, Siti Zulaikha binti Azmi (4SC1)

Objektif taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman tentang gambaran keseluruhan Frog VLE kepada guru-guru pentadbir VLE dan pelajar.

Taklimat ini dijalankan dalam dua sesi. Sesi pertama bermula dari 26 - 28 Ogos 2013 melibatkan para guru yang terlibat sebagai pentadbir VLE di sekolah. 

Bagi guru pentadbir Frog VLE sekolah, mereka diberi tunjuk ajar cara-cara menghasilkan Kalendar Sekolah, Kalendar Tempahan, mengedit Dashboard, menghasilkan folder dan memuat naik fail, menghantar sumber pembelajaran sebagai tugasan, mencipta kuiz dan pelbagai lagi berpandukan Buku Trainer's Guide yang dibekalkan.


Sesi kedua dijalankan pada 29 Ogos 2013. Dalam sesi ini, setiap sekolah diwakili oleh dua orang pelajar dengan diiringi seorang guru. Para pelajar diberi tunjuk ajar tentang cara mengedit dan menggunakan Dashboard.


Walaupun para peserta menghadapi masalah dari segi kekangan masa, masalah talian internet yang tidak stabil serta masalah server VLE, namun semuanya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. 

Bagi mengukuhkan kefahaman dan kemahiran menggunakan Frog VLE, para guru dan pelajar perlu rajin meneroka segala features yang terdapat dalam Admin Dashboard dan Individual Dashboard berpandikan Manual Latihan V3.

Semoga guru-guru pentadbir Frog VLE dan para pelajar dapat menguasai segenap aspek yang terkandung dalam Frog VLE dengan cemerlang. Amin!



Tuesday, October 16, 2012

FROG Virtual Learning Environment


Frog adalah Virtual Learning Environment (VLE) yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.

Persekitaran pembelajaran maya Frog, atau VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.


Tuesday, September 25, 2012

Projek 1BestariNet Di SMKBR

Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengembangkan modal insan serta penggunaan Internet, 1BestariNet memperluaskan teknologi untuk meningkatkan tahap pendidikan dan melengkapkan pelajar dengan kemahiran sewajarnya bagi menghadapi dunia masa kini.

Kerja-kerja untuk pemasangan menara pemancar 30m Monopole sedang dijalankan.  Berikut adalah kronologi Projek 1BestariNet di SMK Bukit Rambai.

18 Jun 2010 - Kerja menanda tapak menara dijalankan oleh pihak kontraktor dengan dipantau oleh guru penyelaras bestari.

Pada 16 Julai 2012 - Pihak kontraktor menggali lubang untuk membina frame bagi kerja menuang simen konkrit.

19 Julai 2012 - Kerja menuang simen konkrit dijalankan.


24 September 2012 - Kerja-kerja pemasangan kabel elektrik telah siap dijalankan.


Monday, September 3, 2012

Memperkenalkan Projek 1BestariNet

Di bawah projek mercu tanda 1BestariNet yang diterajui Kementerian Pelajaran Malaysia (MoE), kami berbangga untuk melaksanakan platform pembelajaran maya berteras 'cloud' dan jaringan Internet berkelajuan tinggi ke 10,000 sekolah seluruh Malaysia.