Tuesday, September 25, 2012

Projek 1BestariNet Di SMKBR

Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengembangkan modal insan serta penggunaan Internet, 1BestariNet memperluaskan teknologi untuk meningkatkan tahap pendidikan dan melengkapkan pelajar dengan kemahiran sewajarnya bagi menghadapi dunia masa kini.

Kerja-kerja untuk pemasangan menara pemancar 30m Monopole sedang dijalankan.  Berikut adalah kronologi Projek 1BestariNet di SMK Bukit Rambai.

18 Jun 2010 - Kerja menanda tapak menara dijalankan oleh pihak kontraktor dengan dipantau oleh guru penyelaras bestari.

Pada 16 Julai 2012 - Pihak kontraktor menggali lubang untuk membina frame bagi kerja menuang simen konkrit.

19 Julai 2012 - Kerja menuang simen konkrit dijalankan.


24 September 2012 - Kerja-kerja pemasangan kabel elektrik telah siap dijalankan.


No comments:

Post a Comment