Saturday, February 27, 2016

Flubaroo Help You Do Grade Online In Under A Minute


Teachers, do you...
  • Not have enough time for grading?
  • Want useful measurements on student performance?
  • Need a free solution to help?

If so, then Flubaroo can help!

  • Grade online assignments in under a minute!
  • Get reporting and analysis on student performance!
  • Quickly send scores to students.
  • Try Flubaroo now! Click here

Wednesday, October 16, 2013

Virtual Learning Environment (FROG VLE) Program 1Bestarinet

VIDEO MANUAL GUIDE FROG ASIA TRAINING ( SILA RUJUK KEPADA BUKU MANUAL YANG BOLEH DI DOWNLOAD DI SINI

1.1 PENGENALAN KEPADA PROJEK 1BESTARINET ( PENGGUNA:GURU)


1.2 BAGAIMANA MEMBENTUK PASUKAN FROG ANDA (PENGGUNA:GURU)



1.3  GAMBARAN KESELURUHAN FROG VLE (PENGGUNA:GURU)





1.4   BAGAIMANA MENGHASILKAN KALENDAR SEKOLAH (PENGGUNA:PENTADBIR)





1.5  BAGAIMANA MENGHASILKAN KALENDAR TEMPAHAN (PENGGUNA:PENTADBIR )




1.6  BAGAIMANA MENGEDIT DASHBOARD ANDA (PENGGUNA:GURU)





1.7  BAGAIMANA MENGGUNAKAN KALENDAR ANDA ( PENGGUNA:GURU )





1.8  GAMBARAN KESELURUHAN BOOKING KALENDAR ( PENGGUNA: GURU )





1.9   BAGAIMANA MENGHASILKAN FOLDER DAN MEMUAT NAIK FAIL (PENGGUNA:GURU)





1.10  BAGAIMANA MENGHASILKAN SUMBER PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (PENGGUNA:GURU)




1.11  BAGAIMANA BERKONGSI SUMBER PENGAJARAN & PEMBELAJARAN ( PENGGUNA:GURU )





1.12  BAGAIMANA MENGAKSES EMEL ANDA (PENGGUNA :GURU)





2.1  BAGAIMANA MENGGUNAKAN SUMBER PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SEBAGAI TUGASAN ( PENGGUNA:GURU )





2.2   BAGAIMANA MENGHANTAR SUMBER PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SEBAGAI TUGASAN ( PENGGUNA:GURU )





2.3   BAGAIMANA PELAJAR MENYIAPKAN TUGASAN ( PENGGUNA:PELAJAR )





2.4  BAGAIMANA MENYEMAK TUGASAN ( PENGGUNA:GURU)





2.5   BAGAIMANA MENGGUNAKAN DASHBOARD SEKOLAH UNTUK KOMUNIKASI ( PENGGUNA:GURU )





2.6   BAGAIMANA MENGHASILKAN SEBUAH FORUM PERBINCANGAN ( PENGGUNA:GURU)





2.7   PENGENALAN KEPADA FROG COMMUNITY SITE ( PENGGUNA:GURU )





2.8   BAGAIMANA MENAMBAH PENGGUNA BARU ( PENGGUNA: PENTADBIR )





2.9   BAGAIMANA MENAMBAH KUMPULAN BARU ( PENGGUNA:PENTADBIR )





2.10   BAGAIMANA MENGEDIT DASHBOARD SEKOLAH ( PENGGUNA:PENTADBIR )





2.11   BAGAIMANA MENGAKSES SALURAN BANTUAN ( PENGGUNA:PENTADBIR )




3.0   BAGAIMANA PENGGUNA PENTADBIR FROG BERKONGSI LAMAN BIDANG / MATAPELAJARAN ( PENGGUNA:PENTADBIR )





3.1  BAGAIMANA LAMAN BIDANG & MATA PELAJARAN DIGUNAKAN DI SEKOLAH (PENGGUNA:GURU)





3.2   BAGAIMANA MEMBINA LAMAN BIDANG & MATA PELAJARAN ( PENGGUNA:GURU )





3.3   BAGAIMANA BERKONGSI LAMAN BIDANG & MATA PELAJARAN ( PENGGUNA:GURU )





3.5   BERKENALAN DENGAN FROG ( PENGGUNA:PELAJAR )





3.6   GAMBARAN KESELURUHAN FROG VLE UNTUK PELAJAR ( PENGGUNA:PELAJAR )





3.7   BAGAIMANA MENGEDIT DASHBOARD ANDA ( PENGGUNA:PELAJAR )





3.8   LANGKAH PERMULAAN DENGAN FROG ( PENGGUNA:PELAJAR )





3.9   BAGAIMANA MENGHASILKAN SEBUAH LAMAN KOKURIKULUM ( PENGGUNA:GURU )





3.10   PENGENALAN KEPADA THE POND ( PENGGUNA:PELAJAR )





3.11   FROG STUDENT CHAMPIONS ( PENGGUNA PELAJAR )






Thursday, October 10, 2013

Maklumat Akaun Yes ID Anda

Akaun Yes ID yang diberikan kepada anda adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Akaun Yes ID mengandungi beberapa maklumat penting yang perlu diberi perhatian.

Untuk log masuk ke akaun Yes ID anda, lakukan langkah-langkah berikut:

1. Login ke http://www.yes.my
2. Klik pada My Account
3. Lihat pada bahagian 1BestariNet User? Please Login Here. Klik pada pautan Login Here.

4. Pada ruangan Get Started, isikan Yes ID anda dan klik Login

5. Anda akan dibawa ke laman 1BestariNet KPM.  Isikan Yes ID dan Password dan klik Login.

6. Setelah klik Login anda akan dapat melihat maklumat akaun anda seperti berikut:

Selamat mencuba!




Tuesday, September 24, 2013

Cara Mendapatkan Yes ID Dan Password VLE Frog Bagi Ibu Bapa

Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SMK Bukit Rambai. Untuk pengetahuan semua, SMKBR telah menggunakan satu platform pembelajaran alaf baru yang dikenali sebagai 1BESTARINET VLE FROG. Platform ini membolehkan murid, guru dan pelajar untuk mengakses platform pemebelajaran ini. Untuk makluman ibu bapa, pada masa ini para pelajar sedang diberikan kursus berkaitan dengan VLE Frog yang akan digunakan oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Ibu bapa dan penjaga juga boleh mengakses laman pembelajaran ini dengan mendapatkan  USER ID dan PASSWORD dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:

1. Sila ke laman web http://www.yes.my dan klik ke 1Bestarinet


2. Klik pada 1Bestarinet dan klik pada Retrieve my 1BestariNet Yes ID


3. Sila masukkan No. Kad Pengenalan (tanpa tanda sempang) dan Nama Penuh pada ruangan yang disediakan. Klik Search


4.  Jika nama anda telah ada dalam sistem, maka Nama, No. Kad Pengenalan, No. Telefon dan YES ID akan dipaparkan. Sila ikuti arahan seterusnya iaitu dengan memasukkan alamat emel dan nombor telefon yang sebenar. Kemudian klik UPDATE

Password anda akan dihantarkan secara serta-merta ke telefon bimbit anda. 

5. Kemudian, untuk mengakses platform 1Bestrinet VLE Frog SMK Bukit Rambai, sila gunakan pelayar web Google Chrome. Taipkan URL ini: https://mea2099.1bestarinet.net 

Masukkan Yes ID dan Password anda. Kemudian Login


6. Berikut adalah Paparan School Dashboard yang  boleh dilihat oleh Ibu Bapa. Klik ke Laman Ibu Bapa untuk ke site tersebut.


7. Berikut adalah paparan bagi Parents Noticeboard. Segala makluman berkaitan dengan sekolah yang ingin diketahui oleh ibu bapa akan dimuat naik ke laman ini.


Saturday, September 14, 2013

Sistem 1BestariNet Dijangka Siap Hujung Tahun Ini - Kamalanathan

MUAR, 14 Sept (Bernama) -- Semua sekolah di negara ini akan dilengkapi sistem 1BestariNet hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan.

Beliau berkata pada masa ini 85 peratus daripada sekolah sudah mempunyai sistem itu manakala bakinya masih dalam peringkat pemasangan dengan kebanyakan membabitkan sekolah di Sarawak.

"Setakat ini tiada masalah besar untuk melaksanakan program itu yang dijangka siap mengikut jadual," katanya pada sidang media selepas melancarkan 1BestariNet Frog Virtual Learning Environment (VLE) di Sekolah Menengah Dato' Sri Amar Diraja, di sini Sabtu.

1BestariNet ialah portal pembelajaran yang diperkenal oleh Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran selain merapatkan jurang digital antara pelajar bandar dan luar bandar.

Mengulas lanjut, Kamalanathan berkata menerusi sistem itu sekolah akan dihubungkan dengan pangkalan pembelajaran tunggal menggunakan Internet berkelajuan tinggi 4G.

Beliau berkata melalui 1BestariNet, guru, pelajar dan penjaga mereka boleh mengakses beberapa aplikasi pembelajaran antaranya Maya Frog dan Frog Store selain Frog VLE.

Ketika ini kementerian sedang memberi penjelasan kepada guru mengenai sistem itu selain mendapatkan maklum balas mereka, katanya.

Menurut Kamalanathan, apabila siap keseluruhannya, sistem itu akan diguna oleh lebih lima juta pelajar, empat juta penjaga dan 450,000 guru.



Sumber:
Bernama.Com. (2013). Sistem 1BestariNet Dijangka Siap Hujung Tahun Ini - Kamalanathan. Dipetik dari http://www.bernama.com

Friday, September 6, 2013

Cara Aktifkan Dongle Yes Anda Sendiri Menggunakan 1BestariNet Yes ID

Assalamualaikum semua,
Ramai yang bertanya kepada saya bolehkah mereka menggunakan Dongle sendiri untuk capaian internet menggunakan akaun 1BestariNet Yes ID. Jawapannya sudah tentu boleh!



Baiklah, dalam entri kali ini, saya akan kongsikan cara-cara untuk anda mengaktifkan Dongle Yes anda sendiri. Ramai yang sedia maklum bahawa pihak sekolah hanya menerima sebanyak 20 Dongle untuk dikongsi oleh para guru.

Jadi untuk memudahkan keadaan, anda bolehlah kunjungi mana-mana outlet Yes untuk membeli sendiri Dongle yang berharga RM99 sahaja.

Langkah 1: Muat turun software Dongle yang terkini dari YES dan install ke dalam PC anda.

1. Anda dinasihatkan TIDAK menggunakan software di dalam dongle itu. Download dari internet bagi versi baru
2. Download di: http://www.yes.my/v3/personal/devices/go.do
3. Cari butang downloads
4. Download ikut sistem operasi komputer (XP, Vista, 7, 8 dan MAC OS)
5. Install seperti biasa
6. Masukkan ID dan password Yes yang diberikan kepada anda.
7. Selesai

Langkah 2: Mengaktifkan 1BestariNet YesID anda

1. Layari http://www.yes.my
2. Klik pada butang 1BestariNet
3. Pada bahagian Get Started, isikan 1BestariNet Yes ID anda dan klik Login
4. Anda akan dibawa ke laman 1BestariNet KPM
5. Masukkan ID dan password Yes yang diberikan kepada anda dan klik Login
6. Anda akan dibawa ke laman 1BestariNet Activation


7. Isikan 1BestariNet Yes ID dan Password anda dan klik Verify
8. Satu paparan baru akan muncul. Isikan maklumat anda dengan lengkap.


9. Tandakan tick pada kotak: I verify that I have read and agreed  to the Terms & Conditions.
10. Klik Submit
11. Selesai



Thursday, August 29, 2013

Admin Dan Pelajar Menghadiri Taklimat VLE

Taklimat Frog VLE telah dijalankan pada 26 - 29 Ogos 2013 bertempat di SMK Kampung Gelam bermula dari pukul 2.00 petang hingga 4.30 petang.

Peserta SMK Bukit Rambai terdiri daripada:
Guru: En. Zakri bin Zakaria, Pn. Nonie Salwana binti Che Razali
Pelajar:  Siti Fatin Natasya binti Mohd Nasir, Siti Zulaikha binti Azmi (4SC1)

Objektif taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman tentang gambaran keseluruhan Frog VLE kepada guru-guru pentadbir VLE dan pelajar.

Taklimat ini dijalankan dalam dua sesi. Sesi pertama bermula dari 26 - 28 Ogos 2013 melibatkan para guru yang terlibat sebagai pentadbir VLE di sekolah. 

Bagi guru pentadbir Frog VLE sekolah, mereka diberi tunjuk ajar cara-cara menghasilkan Kalendar Sekolah, Kalendar Tempahan, mengedit Dashboard, menghasilkan folder dan memuat naik fail, menghantar sumber pembelajaran sebagai tugasan, mencipta kuiz dan pelbagai lagi berpandukan Buku Trainer's Guide yang dibekalkan.


Sesi kedua dijalankan pada 29 Ogos 2013. Dalam sesi ini, setiap sekolah diwakili oleh dua orang pelajar dengan diiringi seorang guru. Para pelajar diberi tunjuk ajar tentang cara mengedit dan menggunakan Dashboard.


Walaupun para peserta menghadapi masalah dari segi kekangan masa, masalah talian internet yang tidak stabil serta masalah server VLE, namun semuanya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. 

Bagi mengukuhkan kefahaman dan kemahiran menggunakan Frog VLE, para guru dan pelajar perlu rajin meneroka segala features yang terdapat dalam Admin Dashboard dan Individual Dashboard berpandikan Manual Latihan V3.

Semoga guru-guru pentadbir Frog VLE dan para pelajar dapat menguasai segenap aspek yang terkandung dalam Frog VLE dengan cemerlang. Amin!