Thursday, August 29, 2013

Admin Dan Pelajar Menghadiri Taklimat VLE

Taklimat Frog VLE telah dijalankan pada 26 - 29 Ogos 2013 bertempat di SMK Kampung Gelam bermula dari pukul 2.00 petang hingga 4.30 petang.

Peserta SMK Bukit Rambai terdiri daripada:
Guru: En. Zakri bin Zakaria, Pn. Nonie Salwana binti Che Razali
Pelajar:  Siti Fatin Natasya binti Mohd Nasir, Siti Zulaikha binti Azmi (4SC1)

Objektif taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman tentang gambaran keseluruhan Frog VLE kepada guru-guru pentadbir VLE dan pelajar.

Taklimat ini dijalankan dalam dua sesi. Sesi pertama bermula dari 26 - 28 Ogos 2013 melibatkan para guru yang terlibat sebagai pentadbir VLE di sekolah. 

Bagi guru pentadbir Frog VLE sekolah, mereka diberi tunjuk ajar cara-cara menghasilkan Kalendar Sekolah, Kalendar Tempahan, mengedit Dashboard, menghasilkan folder dan memuat naik fail, menghantar sumber pembelajaran sebagai tugasan, mencipta kuiz dan pelbagai lagi berpandukan Buku Trainer's Guide yang dibekalkan.


Sesi kedua dijalankan pada 29 Ogos 2013. Dalam sesi ini, setiap sekolah diwakili oleh dua orang pelajar dengan diiringi seorang guru. Para pelajar diberi tunjuk ajar tentang cara mengedit dan menggunakan Dashboard.


Walaupun para peserta menghadapi masalah dari segi kekangan masa, masalah talian internet yang tidak stabil serta masalah server VLE, namun semuanya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. 

Bagi mengukuhkan kefahaman dan kemahiran menggunakan Frog VLE, para guru dan pelajar perlu rajin meneroka segala features yang terdapat dalam Admin Dashboard dan Individual Dashboard berpandikan Manual Latihan V3.

Semoga guru-guru pentadbir Frog VLE dan para pelajar dapat menguasai segenap aspek yang terkandung dalam Frog VLE dengan cemerlang. Amin!



Wednesday, August 28, 2013

Tindakan Jika Dongle Mengalami Masalah Login Ke 1BestariNet


Perhatian kepada guru yang bertangungjawab dalam 1BestariNet. Jika Id Dongle atau Kata Laluan sekolah tuan tidak boleh login ke 1BestariNet, sila maklumkan melalui pautan di bawah:

http://goo.gl/By4JQg

Maklumat tersebut akan dipanjangkan ke KPM.

Tuesday, June 4, 2013

Nota Frog VLE Untuk Pelajar

Nota Frog VLE Pelajar adalah merupakan dokumen rujukan yang mengandungi pelbagai cara untuk menggunakan Frog VLE. Para pelajar boleh muat turun nota tersebut melalui pautan di bawah:

Muat turun Nota Frog VLE Pelajar


 

Monday, May 13, 2013

Talian 1BestariNet Tak Stabil

Hari ini (14 Mei 2013) talian internet mengalami sedikit gangguan dan tidak stabil. Hasil uji kelajuan (speedtest) talian internet 1 BestariNet hari ini menunjukkan talian internet pada hari ini mengalami sedikit gangguan. Ianya bermula dengan terputus talian internet yang bermula pukul 7.45 pagi hingga 11.15 pagi.

Apabila talian internet sudah ada, pihak admin membuat speed test dan hasilnya menunjukkan kelajuan talian ini jauh lebih rendah dari yang sepatutnya.




Saturday, May 11, 2013

Bengkel Web Hosting 2013

Bengkel Web Hosting telah diadakan dalam LADAP kali ke-4. Bengkel kali ini dikendalikan oleh Cikgu Zakri Zakaria.

Slot dimulakan oleh Cikgu Zakri dengan menerangkan secara ringkas tentang domain, subdomain, hosting, bandwidth dan File Transfer Protocol (FTP).

Bengkel kali ini diadakan secara hands-on di mana para peserta dibimbing langkah demi langkah membuat pendaftaran subdomain di Freewebhostingarea.Com. Para peserta dikehendaki mencipta subdomian sendiri  dan memilih domain 6te.net sebagai tapak hosting mereka.

Seusai pendaftaran subdomain, para peserta dibimbing untuk memahami fungsi Control Panel dalam Member Area. Sesi kali ini hanya memberi fokus terhadap kemudahan File Manager di mana para peserta dilatih untuk membuat direktori baru (New dir) untuk memudahkan mereka menguruskan bahan berdasarkan direktori yang dibina.

Seterusnya para peserta dibimbing menggunakan perisian FTP iaitu FileZilla. Perisian FileZilla dipilih kerana ianya merupakan perisian yang sangat popular dan digunakan oleh kebanyakan webmaster untuk memuat naik fail-fail laman web mereka. Sebagai guru yang mengamalkan aspek pembestarian dalam tugas mereka khususnya dalam menyelenggara laman web mata pelajaran masing-masing, kemahiran FTP tidak boleh dikesampingkan. Ianya perlu dikuasai oleh setiap guru.

Aktiviti FTP diteruskan dengan latihan memuat naik bahan ke server hosting.

Akhir sekali, guru-guru dilatih membina laman web menggunakan aplikasi MS Word dan dikehendaki membuat pautan ke bahan P&P mereka. Setelah siap, para peserta diminta menyimpan fail mereka sebagai index.htm

Fail index.htm merupakan fail pertama yang mula-mula dibuka oleh webserver apabila seseorang melayari URL bagi sesebuah laman web.

Aktiviti perbengkelan tamat pukul 11.00 pagi.

Aktiviti LADAP kali ke-4 diteruskan dengan ceramah daripada pihak YaPEIM dan tamat pukul 1.30 petang.



Wednesday, May 1, 2013

Pencapaian 5 Bintang Pembestarian Sekolah 2012

Sekalung tahniah buat seluruh warga SMK Bukit Rambai atas pencapaian 5 Bintang dalam Smart School Qualification Standards (SSQS) bagi tahun 2012. Kerjasama para guru dan pelajar telah membantu dalam mewujud budaya ICT dalam kalangan warga sekolah. Semoga dengan kejayaan ini akan melonjakkan kagi kecemerlangan SMKBR. Tahniah dan syabas!

Monday, April 29, 2013

Hebahan Penggunaan “HOME USE PROGRAM” Dan MICROSOFT E-LEARNING PORTAL” – Faedah-Faedah di Bawah Program Education Alliance Agreement (EAA)

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat dua (2) faedah yang boleh diperolehi oleh kakitangan KPM bagi Projek Membekal Perisian Lesen Microsoft Kepada Sekolah-Sekolah dan Kolej Matrikulasi KPM di bawah Program Education Alliance Agreement (EAA) iaitu :

a) Home Use Program
Home Use Program pula adalah sebuah perkhidmatan yang disediakan untuk warga KPM membeli perisian Microsoft Office secara on-line dengan harga yang murah. Home Use Program boleh diakses melalui http://www.microsofthup.com/hupasia/home.aspx?country_id=MY&;culture=en-US

b) Microsoft E-Learning Portal
Microsoft e-Learning Portal adalah sebuah laman web/portal yang disediakan untuk membantu warga KPM mempelajari sendiri produk-produk Microsoft yang dikeluarkan oleh Microsoft secara on-line, interaktif dan menarik. Microsoft E-Learning Portal boleh diakses melalui : https://business.microsoftelearning.com/ 

Untuk mendapatkan program code bagi penggunaan Home Use Program dan juga access code bagi penggunaan Microsoft E-Learning Portal bolehlah menghubungi Sektor Pengurusan Maklumat ICT di talian 06-232 6518 atau melalui emel ictm@moe.gov.my.

Sekian, terima kasih.
Sektor Pengurusan Maklumat ICT Jabatan Pelajaran Melaka